SELAMAT DATANG KE JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

OBJEKTIF JABATAN
Menghasilkan guru terlatih dalam Pengkhususan Matematik, Kajian Sosial, Bahasa Cina,Pendidikan Pemulihan Khas, Prasekolah dan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Bahasa Inggeris dan Pengajian Agama Islam.
Menghasilkan guru-guru terlatih yang dapat menunjukkan kefahaman tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, penaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber yang berkaitan dengan bidang pengajian dalam bidang Pedagogi, Psikologi, Pendidikan Di Malaysia, Pemulihan dan pengayaan, Bimbingan & Kaunseling,Pendidkan khas dan pemulihan khas masalah pembelajaran
Merancang dan menjalankan penyelidikan tindakan dalam bidang Ilmu Pendidikan, Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme pensyarah-pensyarah melalui program latihan pembangunan staf.
Merancang dan menguruskan Pusat Prasekolah sebagai pusat pembelajaran Jabatan Ilmu Pendidikan.
Merancang dan mengendalikan latihan dalam perkhidmatan dalam bidang Ilmu Pendidikan, Bimbingan & Kaunseling & Pendidikan Prasekolah untuk guru-guru sekolah.
Menggunakan proses penyelesaian masalah dan inkuiri dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal.
Memperoleh dan menguasai kemahiran saintifik dan teknologi terkini serta berupaya mengaplikasikannya dalam pelbagai situasi sebenar.
|