SELAMAT DATANG KE JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

LATAR  BELAKANG

Penggunaan sumber dalam pelbagai media teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi teras kepada peningkatan kualiti pendidikan.  Di samping  kepesatan  ledakan maklumat  yang menyaksikan dunia tanpa sempadan, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini semakin menjadi  sebahagian daripada amalan pendidikan termasuklah  aspek pengurusan dan pentadbiran. 

Justeru, perkembangan dan kemajuan pesat ICT ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam pelbagai bidang sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta mampu pula mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

Dalam keadaan tersebut,  khidmat kepakaran dan bantuan dalam penggunaan media dan sumber pembelajaran terutama penggunaan ICT dalam konteks sesebuah institut sewajarnya diperkemas dan dimantapkan.  Penubuhan Jabatan Teknologi  Pendidikan di institut ini tentunya amat signifikan dan mempunyai matlamat untuk mencapai hasrat murni tersebut.


OBJEKTIF

  • Pelajar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai hasil daripada P & P Teknologi Pendidikan dan ICT.
  • Pelajar menyedari dan menghayati kepentingan ICT dan Teknologi Pendidikan.
  • Pelajar menggunakan sumber pendidikan secara berkesan dalam membantu tugas-tugas guru.
  • Pelajar berkeupayaan menggunakan sumber maklumat dengan optimum dan berkesan melalui pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi pendedahan kepada pensyarah dan warga kampus tentang penggunaan program-program aplikasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran.

 

PIAGAM  PELANGGAN

Kami staf Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dengan penuh tekad dan iltizam   berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha untuk:

  • Menyediakan guru yang berkemahiran mengajar bidang pengkhususan masing-masing dengan menggunakan kemahiran ICT dan Teknologi Pendidikan yang berkesan.
  • Menyediakan  guru  yang berkebolehan mengurus kokurikulum Persatuan ICT dan Teknologi Pendidikan yang dipertanggungjawabkan.
  • Menyediakan  guru  yang berupaya membantu pengurusan sekolah melalui kemahiran ICT dan Teknologi Pendidikan.
  • Memastikan pengajaran dan pembelajaran ICT dan Teknologi Pendidikan dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang disediakan.
  • Menepati masa dalam melaksanakan semua tugas agar pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
  • Memberi khidmat pengetahuan dan kepakaran dalam bidang Teknologi Pendidikan dan ICT kepada pelanggan.
  • Memastikan warga kampus dilengkapkan dengan kemahiran komputer bagi melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran.
  • Berusaha menyediakan kemudahan ICT yang mencukupi bagi kegunaan warga kampus.
  • Memastikan semua kursus yang dijalankan dapat memberi kepuasan kepada setiap peserta kursus.

 

 

 

 

 

 

Created By : MFWA/Web Master JTP

 
 
  © copyright 2012 IPG Kampus Sarawak